Tempatan

Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Julai 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan wujudnya salah guna kuasa seperti lantikan ejen bagi sebarang tawaran perkhidmatan membabitkan jabatan itu.

Ketua Pengarah JPN, Zamri Misman memperingatkan orang ramai bahawa tiada ejen atau orang tengah yang dilantik, bahkan beliau bertegas kepada mana-mana pihak supaya tidak mudah percaya terhadap sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran.

Jelasnya, maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN atau pelanggan boleh hadir ke mana-mana 212 cawangan JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan.

BACA JUGA: MAINPP Larang Pendakwah Bebas Sampaikan Ceramah Di P. Pinang

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air: APM Keluarkan Langkah Keselamatan Awal

BACA JUGA: Pemimpin Bersatu Dakwa DAP Kerap Ugut Tun M Ketika Jadi PM

Selain itu, Zamri berkata JPN memegang prinsip tidak sama sekali berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangannya.

Pihak mereka juga komited menangani gejala rasuah di peringkat jabatan dengan pelaksanaan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri secara berterusan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima maklumat wujudnya unsur salah guna kuasa di JPN apabila terdapat proses mendapatkan sijil warganegara dengan bayaran tertentu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: