Tempatan

AirAsia Tersenarai Sepuluh Syarikat Penerbangan Terburuk Dunia, Lion Air Di Tangga Teratas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 November 2022 – AirAsia tersenarai dalam sepuluh syarikat penerbangan terburuk di dunia berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Bounce, platform perkhidmatan pelancongan.

Bounce telah mengeluarkan laporan bertajuk The 2022 Airline Index yang menyenaraikan syarikat penerbangan dengan perkhidmatan terbaik dan terburuk di seluruh dunia.

Menurut laporan itu, syarikat yang popular dengan slogan ‘Now Everyone Can Fly’ itu berada di kedudukan kesembilan terburuk, dengan mata keseluruhan sebanyak 2.06 daripada 10 mata.

Manakala Lion Air, syarikat penerbangan Indonesia pula disenaraikan sebagai syarikat penerbangan antarabangsa paling teruk dengan mata 0.72.

Tinjauan dilakukan berdasarkan kadar ketibaan tepat pada masa, rekod pembatalan, penilaian pelanggan, keselesaan tempat duduk, hidangan dan hiburan dalam penerbangan, perkhidmatan kakitangan dan elaun bagasi.

Seluruh data yang diperolehi adalah daripada Official Airline Guide (OAG), Skytrax, FlightsFrom, Pejabat Perlindungan Pengguna Penerbangan AS dan syarikat penerbangan individu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: