Tempatan

Perbincangan Sivil Peringkat Sekolah Perlu Diperbanyakkan – Penolong Profesor ISTAC-IIUM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 April 2022 – “Saya fikir agenda untuk mempromosikan perbincangan sivil ini perlu diperbanyakkan. Mungkin kita boleh buat projek rintis melalui peringkat sekolah.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Penolong Profesor ISTAC-IIUM, Dr Ahmad El-Muhammady dalam Program Dialog Tiga Penjuru “Malaysia Jadi Model Perangi Islamofobia?” pada beberapa hari lalu.

Beliau yang berpandangan bahawa perbincangan sivil di Malaysia masih lagi tidak popular berkata, ia merupakan perbincangan di mana kita boleh berbincang bersama agama dan bangsa lain dengan suasana yang tidak menggunakan emosi.

Menurut beliau, pendekatan itu mampu mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat melalui titik persefahaman yang bakal dicapai hasil daripada perbincangan tersebut.

“Dalam suasana yang hormat menghormati tujuannya untuk mencari common understanding. Perbincangan sivil masih tidak popular di Malaysia dan saya fikir ramai takut nak dibawa ke peringkat sekolah sebab ini boleh bawa ketegangan kaum.”

“Saya fikir ia tak berasas dan boleh diekspolitasi ahli politik yang ada agenda. Ini cabaran kita hadapi di peringkat negara kita,” jelas beliau.

Justeru itu, Malaysia perlu bijak menguruskan perbezaan di antara kaum dan menjadikannya sebagai sumber kekuatan sepertimana negara lain yang juga mempunyai pendekatan berbeza-beza namun, Malaysia tidak boleh meniru budaya negara seperti Amerika yang pastinya berlainan.

“Kita tidak boleh ikut cara Amerika. Amerika memang menjadi ‘melting pot culture‘. Kaedah itu tidak sesuai di Malaysia kerana hubungan kita dengan budaya ini sangat kuat,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: