Antarabangsa

Barat Khianati Ukraine – Zelensky

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 02 November 2023 – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berasa dikhianati oleh sekutu Baratnya yang telah menafikan sokongan dan perhatian yang telah dia perolehi dan ditinggalkan bukan untuk memenangi perang tapi hanya sekadar untuk bertahan, kata pembantunya kepada majalah Time.

Lawatan terbaru ke Washington menyaksikan Zelensky berbincang tentang isu rasuah di Ukraine dan beliau juga tidak dibenarkan berucap kepada para penggubal undang-undang di Capitol Hill, tidak seperti sambutan ala wira yang diterimanya pada Disember lalu.

Menurut laporan itu, yang diterbitkan pada Isnin lalu, para presiden dunia kini melihatnya sebagai berkhayal dan konfliknya dengan Rusia dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dimenangi.

Zelensky memberitahu Time bahawa dia masih percaya bahawa pasukannya boleh mengalahkan Rusia di medan perang dan bahawa beliau tidak akan melayan sebarang rundingan dengan Moscow, walaupun serangan balas musim panas yang dilakukan Ukraine gagal mencapai objektif.

Walaupun Presiden AS, Joe Biden berjanji untuk menyokong Kiev selama yang diperlukan, Kongres telah gagal bersepakat bagi persetujuan terhadap rang undang-undang baharu dalam membantu Ukraine. Menurut angka terkini Rusia, tentera Ukraine telah kehilangan lebih dari 90,000 nyawa dalam tempoh antara awal Jun hingga awal bulan ini.

Tercetusnya perang Israel-Hamas telah menarik perhatian Barat untuk menjauhi Kiev dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Pentagon seterusnya turut melonjakkan bantuan tentera dan senjata ke Timur Tengah.

Speaker Dewan AS Mike Johnson turut mengutamakan undi bagi misi bantuan ketenteraan kepada negara Yahudi itu berbanding Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: