Tempatan

Isu Pertukaran Pegawai Polis: KPN Mungkin Terkhilaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 April 2021 – “Tan Sri Hamid Bador mungkin terkhilaf semasa menafsirkan kuasa yang ada pada jawatan yang disandangnya.”

“Dalam hal pertukaran Ketua Polis Negeri sebagaimana yang digembar-gemburkan di dalam media, kuasa pertukaran tersebut terletak di bawah tanggungjawab SPP dan bukan Ketua Polis Negara.”

Demikian antara isi kandungan yang dikongsi oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzzakkir dalam Facebooknya hari ini.

“Kenyataan Media Tan Sri Hamid Bador baru-baru ini, menimbulkan sentimen kurang baik terhadap Menteri Dalam Negeri,” demikian menurut kenyataan yang dikongsi itu lagi.

Kenyataan itu juga menegaskan, sekiranya arahan pertukaran mana-mana pegawai itu dibuat oleh Ketua Polis Negara, arahan itu adalah tidak sah kecuali selepas diluluskan oleh SPP.

“Pasukan Polis ditadbir melalui Akta-Akta yang lengkap.”

“Jadi, adalah tidak adil dan mengelirukan jika Menteri Dalam Negeri disalahkan dalam isu pertukaran ini.”

Justeru, semua bentuk kekeliruan yang ditimbulkan oleh kenyataan-kenyataan kepada media oleh Ketua Polis Negara, harus diperbaiki dan diperbetulkan supaya tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat.

“Jadi, jika ingin pasukan ini kekal dihormati dan dipandang dengan integriti tinggi, maka semua pihak haruslah mematuhi dan tidak melanggar mana-mana sempadan bidang kuasa yang telah ditetapkan.”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini mengesahkan bahawa terdapat arahan penangguhan bagi pertukaran pegawai-pegawai kanan seperti yang tular di media sosial di mana arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada saat-saat akhir membabitkan pertukaran jawatan Ketua Polis ()

Kenyataan ini lantas mewujudkan dakwaan bahawa berlakunya campur tangan politik dalam ‘command’ dan kawal selia PDRM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: