Antarabangsa

Pasport Vaksin Akan Mudaratkan Masyarakat – Dr Clare Wenham

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

LONDON, 19 Ogos 2021 – Kewujudan pasport vaksinasi membawa lebih banyak keburukan pada masyarakat berbanding kebaikan yang boleh kita perolehi dari segi sudut kesihatan awam, menurut pakar polisi kesihatan global, Dr Clare Wenham.

Pensyarah di London School of Economics and Political Science (LSE) itu berkata, situasi ini adalah sama dengan waktu dahulu apabila kerajaan-kerajaan meletakkan pesakit-pesakit tibi dalam “penjara”, mengasingkan pesakit-pesakit kusta dalam koloni terasing, dan menghalang pesakit HIV ke tempat-tempat awam yang tertentu.

“Ini adalah polisi merbahaya yang boleh menimbulkan pelbagai masalah yang terpaksa kita hadapi selama bertahun-tahun. Ada banyak lagi kaedah untuk menguruskan kesihatan awam dan membuka ekonomi tanpa perlu memecahbelahkan masyarakat,” tegas beliau.

Mereka dari komuniti yang lebih miskin dan terpinggir akan lebih ketinggalan memandangkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan wabak disebabkan sifat pekerjaan mereka dan tempat tinggal mereka yang lebih padat, menurut beliau.

“Pada waktu yang sama, mereka dari kalangan sosio-ekonomi yang di bawah, kaum wanita dan komuniti yang terpinggir menghadapi lebih banyak kehilangan pekerjaan dan penderitaan dari sudut ekonomi.”

“Sijil vaksinasi boleh menambahkan lagi jurang perbezaan pada waktu ini, sedangkan kita perlu mengambil langkah yang lebih berkesan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam masyarakat,” menurut Dr Clare lagi.

Bukan itu sahaja, pasport vaksin juga bakal mendiskriminasi mereka yang tidak mempunyai akses untuk mendapatkan vaksin. Begitu juga mereka yang tidak boleh mendapatkan vaksin kerana faktor usia dan kesihatan.

Beliau berkata, “Jika mereka tidak boleh menyertai aktiviti-aktiviti awam, ini bakal membataskan interaksi dalam aktiviti pekerjaan mereka.”

Dari sudut antarabangsa, pensijilan vaksin ini akan menyebabkan jutaan manusia di Afrika dan Asia Tengah bakal terpinggir memandangkan mereka tidak mampu mendapatkan vaksinasi lengkap sehingga sekurang-kurangnya seawal 2023.

“Mewajibkan pasport vaksin bermakna mereka yang sepatutnya boleh terlibat aktif dalam ekonomi terhalang dari membuat perjalanan… Ini bakal menjejaskan pertumbuhan dan daya saing ekonomi mereka.”

“Kesan mudarat pada ekonomi negara-negara membangun ini akan kekal selama berdekad-dekad.”

Penyelidik polisi kesihatan global ini juga risau dengan amalan pemimpin negara-negara yang cenderung untuk membezakan jenama vaksin Covid-19.

“Apabila jenama pengilang tertera di sijil, dengan senang sahaja kita akan terperangkap dalam suasana di mana kerajaan-kerajaan cuma membenarkan mereka yang telah lengkap vaksin terpilih sahaja untuk melintasi sempadan.”

Mereka yang menerima suntikan lengkap vaksin Sinovac dan Sputnik V berkemungkinan bakal disekat untuk memasuki beberapa buah negara walaupun sudah memiliki pasport vaksin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: