Tempatan

Warga Hulu Selangor Dakwa Syarikat Pelupusan E-Waste Langgar Peraturan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HULU SELANGOR, 07 Ogos 2023 – Sebuah kilang pelupusan sisa elektronik didakwa melanggar peraturan pengoperasian dan menyebabkan pencemaran bau di kawasan setempat.

Penduduk di Kampung Rasa, Wong Yi Heng, 34, mendedahkan kilang Efast Industries Sdn Bhd yang berjarak satu kilometer dari kawasan perumahan sentiasa beroperasi pada waktu malam sehingga ke pagi sejak didirikan pada 2019.

“Ini bertentangan dengan waktu operasi 9 pagi hingga 6 petang yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor. Ia pembakaran haram!” tegasnya.

BACA JUGA: Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek

BACA JUGA: Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang Tawar Tiket Percuma Hingga September

BACA JUGA: Kadar Pengangguran Bakal Stabil Pada Tahun 2025

Tambahnya lagi, penduduk turut mempersoalkan adakah kilang terbabit mengikuti proses kitar semula sisa elektronik dengan betul kerana kilang tersebut kelihatan melepaskan asap tengik berwarna kehijauan.

“Jika mereka mengikut setiap langkah, mengapa ada asap dan bau? Adakah kerana mereka meninggalkan proses tertentu untuk memudahkan kerja?” tanya Wong.

Sementara itu, seorang wakil Efast, bagaimanapun, menafikan dakwaan itu tetapi tidak mengulas lanjut dengan alasan dia tidak diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak syarikat.

Efast berkata ia hanya boleh menjawab soalan dalam temu bual secara peribadi tetapi tidak dapat memberikan tarikh temu janji pada masa akhbar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: