Antarabangsa

Syarikat Pfizer Dan Moderna Mohon Kelulusan Kecemasan Sebagai Dos Ke-4

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 19 Mac 2022 – Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech telah memohon pengawal selia ubat Amerika Syarikat (AS) memberi kelulusan kecemasan untuk suntikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla, pendedahan perancangan tersebut hanyalah bagi populasi yang berisiko dijangkiti COVID-19 iaitu yang berusia 65 tahun ke atas selepas meneliti data daripada kajian Israel yang sudah menawarkan dos penggalak kedua itu.

Berdasarkan data tersebut, kadar penyakit teruk adalah empat kali lebih rendah dalam kalangan individu yang mendapat dos penggalak tambahan berbanding satu dos penggalak sahaja.

Pfizer juga memetik kajian berterusan terhadap petugas kesihatan warga Israel yang menunjukkan tahap antibodi jauh lebih tinggi selepas menerima penggalak kedua.

Sementara itu, syarikat pengeluar vaksin Moderna turut memohon kebenaran daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) bagi suntikan keempat vaksin COVID-19 sebagai dos penggalak.

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut adalah lebih meluas iaitu untuk semua orang dewasa supaya fleksibiliti diberikan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan penyedia perubatan untuk menentukan “penggunaan yang sesuai” dos penggalak kedua vaksin mRNA, “termasuk bagi mereka yang berisiko tinggi untuk COVID-19 disebabkan oleh umur atau komorbiditi.”

Moderna berkata permintaannya untuk dos tambahan adalah berdasarkan “data yang diterbitkan Amerika Syarikat dan Israel baru-baru ini berikutan kemunculan Omicron”.

Sebelum ini, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan sama ada saranan suntikan dos penggalak keempat benar-benar satu keperluan ataupun hanya satu manipulasi pihak tertentu.

“Ketika rakyat masih terpinga-pinga dengan ‘Booster Shots’ yang kini kita digambarkan keperluan untuk mendapatkan suntikan keempat memandangkan munculnya virus baru Omicron. Adakah ini satu manipulasi pihak tertentu bagi mengaut keuntungan atau memang benar-benar ia satu keperluan, kita tidak pasti.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: