Tempatan

DAP Dicabar Namakan Calon PM Bukan Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2022 – “Saya cabar DAP untuk namakan calon Perdana Menteri Malaysia bukan Melayu dari parti kamu. Isytihar saja Guan Eng ataupun Anthony Loke sebagai calon Perdana Menteri.

Tidak pernah dengar pula DAP calonkan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu sejak sekian lama DAP ditubuhkan. Malah, bapa Lim Guan Eng iaitu Lim Kit Siang ketika zaman kegemilangannya dulu-dulu tak pernah disebut sebagai calon Perdana Menteri oleh DAP.”

Timbalan Pengerusi Gagasan Tanah Air (GTA), Hj Aminuddin Yahaya mencabar Democratic Action Party (DAP) agar menamakan calon Perdana Menteri Malaysia bukan Melayu dari parti tersebut.

“Lagipun sekarang dalam PH, DAP paling kuat. Lagi kuat dari parti ‘calon PM’ kamu sekarang itu. Maka, tuntutlah jawatan calon PM dari DAP dulu. Letaklah mana-mana bukan Melayu yang kamu suka. Nanti dah menang, minta pada Agong. Masa itu baru boleh sembang balik.

Calonkan je, tak payah sembang banyak kalau tak berani,” tegas Hj Aminuddin kepada Pengerusi DAP tersebut.

Beliau melontarkan kenyataan sedemikian susulan tindakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa, “Kalau kita nak negara maju ke hadapan, jangan kita masih terjerat dengan isu kaum dan agama.”

Lim Guan Eng dikatakan memberi contoh mengenai Rishi Sunak yang berketurunan India tetapi boleh menjadi Perdana Menteri Britain.

Hj Aminuddin turut mempersoalkan, adakah wakil rakyat United Kingdom (UK) yang dijulang-julangkan Pengerusi DAP itu kekok bercakap bahasa kebangsaan mereka?

“Kamu banding dengan politikus UK pun biarlah cerdik sikit. Tengoklah Perdana Menteri UK berketurunan India itu ‘level’ macam mana. Betapa Britishnya diri beliau berbanding ke-India-annya.

Bijaklah sedikit. Janganlah terdesak sangat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: