Tempatan

Larang Beri PrEP Pada Pasangan Homoseks, Kumpulan Advokasi Sanggah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2023 – Sebuah kumpulan advokasi menyanggah pandangan daripada Jabatan Mufti Selangor yang melarang pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) kepada pasangan homoseks.

Kumpulan advokasi itu, Saksi, mengatakan bahawa larangan pemberian PrEP atas dasar moral kepada golongan LGBT merupakan alasan yang tidak boleh diterima.

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

BACA JUGA: Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Di Pantai Timur Hingga Rabu Depan

BACA JUGA: Perjuangan Melawan Covid-19 Masih Berliku, Tegas China Sempena Tahun Baru

“Jika menafikan insulin terhadap pesakit kencing manis dianggap kejam bagi kamu, maka menafikan PrEP kepada golongan LGBT juga patut diberikan respons sama.”

“Tiada tempat untuk sikap diskriminasi dalam sistem kesihatan kita,” kata Saksi menerusi hantaran di Twitternya.

Baru-baru ini, Jabatan Mufti Selangor yang menjawab kepada satu soalan di laman webnya berkata, pemberian PrEP kepada pasangan berkahwin yang dijangkiti HIV adalah harus manakala ia adalah dilarang sekiranya diberikan kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Katanya, ia dianggap bersubahat di alam perkara dosa dan kemaksiatan.

Senada dengan Saksi ialah Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial yang menyifatkan larangan itu sebagai tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

Bagaimanapun, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah menzahirkan kebimbangannya di mana asas PrEP boleh mengundang kepada pelanggaran nilai agama Islam serta meningkatkan hubungan seks dan homoseks yang tidak selamat dan haram dari segi agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: