Tempatan

Peluk Islam Dengan Kebenaran Bapa, Undang-Undang Negeri Perlis Selari Perlembagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Kerajaan Perlis memaklumkan Mahkamah Tinggi semalam bahawa tiada kesalahan dengan enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama secara unilateral kepada Islam.

Kata Penasihat Undang-Undang Negeri, Radhi Abas, DUN 2017 telah pun meluluskan pindaan kepada Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang menyatakan bahawa persetujuan sama ada bapa, ibu atau penjaga sudah memadai untuk membenarkan seorang anak memeluk agama Islam.

BACA JUGA: 5 Jam Sehari, Qatar Umum Waktu Bekerja Baharu Sempena Ramadan

BACA JUGA: Hutan Simpan Ulu Jelai Dicerobohi Puluhan Warga China, Melombong

BACA JUGA: Rancang Bakar Al-Quran Bulan Ramadan, UK Larang Kemasukan Paludan

Beliau berkata, dalam kes ibu tunggal, Loh Siew Hong yang berusaha untuk membatalkan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam, pendaftar mualaf negeri telah pun menggunakan kuasanya secara sah untuk mendaftarkan mereka sebagai orang Islam selepas bapa mereka, M Nagashwaran, memberikan persetujuan terhadap penukaran tersebut.

“Keizinan (ibu) tidak perlu,” ujarnya.

Sebelum ini, Loh meminta pihak mahkamah untuk membatalkan penukaran agama anak-anaknya kepada Islam dan dia juga mahukan deklarasi bahawa peruntukan yang membenarkan penukaran unilateral dalam enakmen itu sebagai tidak berperlembagaan.

Bagaimanapun, menurut Radhi, ketiga-tiga kanak-kanak itu telah pun mengucapkan syahadah di hadapan pendaftar.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, katanya, peguam kepada Loh meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 2018 yang membatalkan penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi kepada Islam.

“Di bawah Perkara 160B, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan kes teks bahasa kebangsaan sebagai (teks) yang berotoriti dan, jika terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, versi Bahasa Melayu harus diutamakan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: