Tempatan

Permaisuri Agong Turun Padang Melawat Tanah Runtuh Batang Kali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATANG KALI, 19 Disember 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam telah berkenan bercemar duli melawat dan meninjau Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh yang tular baru-baru ini di Jalan Batang Kali-Gohtong.

Kebawah Duli Tuanku menasihati agar semua pihak bersabar kerana pasukan petugas SAR kini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mencari baki mangsa yang belum ditemui.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Tuanku berkenan mendengar taklimat mengenai operasi SAR di ruangan khemah Pusat Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut berangkat mengiringi, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, Kebawah Duli Tuanku bersama paduka anakanda berkenan melawat khemah Pusat Operasi Pasuka Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Hadir bersama adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Dato’ Sri Hamdan Wahid.

Setakat ini, tragedi yang berlaku Jumaat lalu telah meragut seramai 24 nyawa, 61 orang berjaya diselamatkan manakala sembilan lagi mangsa masih hilang.

Bencana yang melanda jam 02:42 pagi itu membabitkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Misi SAR memasuki hari keempat hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: