Tempatan

Individu Kini Boleh Sambung Belajar Guna Pengalaman Kerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 07 Julai 2023 – Pekerja yang tidak memiliki sijil kelayakan bagi memasuki universiti kini boleh menggunakan pengalaman kerja mereka bagi melanjutkan pengajian, kata Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

“Kita tahu ada segelintir individu tiada kelayakan (sijil akademik), tapi berdasarkan pengalaman mereka boleh menyambung pelajaran di sini,” ujarnya.

Tawaran itu dibuka oleh UnIPSAS selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk melaksanakan Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) kepada mereka yang tidak memiliki sijil kelayakan bagi memasuki universiti.

BACA JUGA: Kos Haji Swasta Mungkin Capai Sehingga RM60,000 Tahun Depan

BACA JUGA: Sweden Pertimbang Haramkan Pembakaran Al-Quran

BACA JUGA: PRN: 661, 905 Pengundi Muda Lingkungan 18-20 Tahun

Tambah Profesor Madya Datuk Dr Mohd Zawavi menurut laporan sebuah portal tempatan, “Jadi, kelayakan mereka ini akan uji menerusi pusat penilaian APEL dan ada soalan yang kita sediakan kepada mereka berdasarkan panduan MQA.”

“Penilaian ini dibuat bagi menentukan tahap mereka sama ada layak sambung pengajian dalam bidang diploma, ijazah, ijazah sarjana dan mungkin juga Phd (ijazah doktor falsafah).”

Jelasnya dengan lebih lanjut, peluang ini bukan sahaja mampu memberi peluang kepada masyarakat tetapi lepasan sekolah pondok, tahfiz dan orang kurang upaya termasuk cacat penglihatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: