Antarabangsa

Setia Bersama Palestin, Bella Hadid Tak Kisah Hilang Pekerjaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 21 Ogos 2022 – Supermodel terkenal, Bella Hadid menegaskan sokongannya terhadap Palestin tidak akan berbelah bahagi meskipun dia kehilangan kerjaya peragaannya.

Bella, supermodel berdarah kacukan Belanda-Palestin akui kerjayanya terjejas kerana lantang bersuara dan bersolidariti bersama Palestin.

“Banyak syarikat yang berhenti bekerjasama dengan saya. Saya juga dikelilingi kawan yang benar-benar mahu menjatuhkan saya,” katanya.

Menurutnya, setiap kali beliau mengeluarkan kenyataan tentang Palestin, beliau pasti dilabel sebagai seseorang yang bercakap tidak benar.

Namun perkara itu tidak menjadi sedemikian apabila beliau bersuara tentang perkara sama yang berlaku di tempat lain.

Perkara itu menjadi persoalan ke atas dirinya.

“Apa beza Palestin dan tempat lain,” soalnya.

Tidak gusar dengan diskriminasi yang dialaminya, Bella mendedahkan rasa syukur atas populariti yang dikecapi sehingga hari ini membolehkan dirinya untuk bersuara dan menyebarkan kesedaran tentang kekejaman tentera Israel.

“Saya sangat bertuah dan diberkati kerana saya berada dalam kedudukan di mana saya boleh bercakap dengan cara yang saya lakukan. Dan sebenarnya, apa itu kejatuhan? Adakah kehilangan pekerjaan saya?”

Dengan penuh bangga, Bella berkata akan terus menggunakan platformnya sebagai alat meningkatkan kesedaran dan membantu Palestin.

Jun lalu, Bella memuat naik hantaran dalam Instagram mengenai isu Palestin.

“Setiap hari, saya berharap dapat kembali ke masa lalu, ketika saya masih kecil supaya dapat berjuang untuk Palestin lebih awal.”

“Untuk keluarga, ibu bapa saya, sejarah kita dan rakyat Palestin yang masih hidup,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: