Antarabangsa

Perdana Menteri Palestin Gesa Pentadbiran AS Batal Bina Kedutaan Di Baitulmuqaddis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 15 November 2022 – Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada hari Isnin menuntut pentadbiran AS membatalkan rancangan untuk membina kompleks Kedutaan AS yang baharu di Baitulmuqaddis.

Perbandaran Jerusalem telah menggazetkan sebahagian kawasan untuk kedutaan tersebut, yang terletak di Derech Hebron iaitu antara Hanock Albek Street dan Daniel Yanovsky Street, kawasan ini dikenali dengan nama “Camp Allenby” pada zaman era British.

Shtayyeh mendakwa bahawa tempat yang hendak dibina kedutaan itu adalah tanah milik Palestin. Pada masa lalu tanah itu dimiliki oleh keluarga Palestin dan dipajakkan kepada pihak British sebelum 1948 namun ia telah “dirampas secara haram” oleh pihak berkuasa Israel pada 1950.

Pusat Undang-Undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) berhujah pada Julai yang lalu, bahawa jika Kedutaan AS ini dibina, ia sebenarnya dibina di atas tanah yang dirampas daripada rakyat Palestin yang jelas telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Jawatankuasa Keempat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui undian telah bersetuju menerima permintaan rakyat Palestin untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai wujudnya penjajahan Israel di bumi Palestin termasuk Baitulmuqaddis.

Undian itu sebagai “kemenangan diplomatik yang besar,” bagi rakyat Palestin dan berikrar untuk mengambil langkah lain di peringkat antarabangsa supaya dapat mengasingkan dan menghukum Israel. Shtayyeh turut berterima kasih kepada negara-negara yang menaja dan mengundi resolusi itu.

Shtayyeh juga menyeru negara-negara yang tidak menyokong resolusi itu untuk menimbang semula pandangan mereka dan “tidak hanya melihat di sisi sejarah yang salah, ini kerana mereka hanya menggalakkan pendudukan dan penjajahan Israel dan tidak menyokong keamanan dan kestabilan di rantau ini dan di dunia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: