Antarabangsa

Penulis Belanda Dakwa Pope John Paul II Rahsiakan Jenayah Seksual Kanak-kanak 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

POLAND, 07 Disember 2022 – Seorang wartawan Belanda yang kini tinggal di Poland telah membuat dakwaan bahawa beliau telah menemui arkib bagi beberapa dokumen yang menunjukkan bahawa Pope John Paul II telah melindungi paderi-paderi yang telah dituduh terlibat dengan jenayah seksual kanak-kanak.

Wartawan tersebut, Ekke Overbeek telah menyatakan bahawa Pope John Paul II sebenarnya mengetahui kegiatan beberapa paderi di bawah uskupnya, di mana mereka ini telah terlibat dengan tuduhan mencabul kanak-kanak.

Menurut Overbeek lagi, Pope John Paul II, atau nama asalnya Karol Jozef Wojtyla telah melindungi paderi-paderi yang berada di bawahnya dengan menyembunyikan kes-kes jenayah tersebut.

Perincian mengenai bukti-bukti mengenai hal tersebut akan didedahkan menerusi sebuah buku yang ditulis oleh Overbeek yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Buku tersebut akan membahaskan mengenai penemuan-penemuan serta kesimpulan daripada penyiasatan yang dijalankan Overbeek dalam tempoh tiga tahun. Pada minggu lalu, beliau telah membuat kenyataan ringkas mengenai penemuannya pada sebuah program televisyen Belanda.

Menurut wartawan tersebut, banyak dokumen yang memperincikan gerak kerja Pope John Paul II itu telah dimusnahkan, namun Overbeek berjaya menemui dokumen-dokumen lain yang menyebutkan tentang Pope tersebut yang mana ianya dapat menyimpulkan penglibatan Pope itu di dalam kes yang sedang disiasat oleh Overbeek.

Penemuan yang didedahkan oleh wartawan tersebut telah disifatkan oleh Tom Doyle, seorang paderi Katolik yang giat mendedahkan kes-kes pencabulan kanak-kanak oleh ahli gereja sebagai “explosive”.

Pope John Paul II telah meninggal dunia pada tahun 2015 dan beliau kemudiannya diganti oleh Pope Francis pada tahun 2014.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: