Tempatan

Wabak Tapak Sulaiman “Crown of Thorns” Dikesan Di Lahad Datu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 06 Jun 2023 – Agensi Kerajaan dan pemuliharaan marin sedang giat membendung wabak besar Tapak Sulaiman Mahkota Berduri atau Crown of Thorns Starfish (COTS) di pantai timur daerah Lahad Datu, Sabah.

Memetik berita tempatan, wabak tersebut dikesan di Teluk Darvel di mana ratusan pemangsa ini mengancam untuk memusnahkan terumbu di kawasan itu.

Reef Check Malaysia (RCM) yang bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah telah mengadakan pasukan pembersihan COTS bagi menangani wabak tersebut sebelum terlambat.

BACA JUGA: Doktor Mahu Caj RM1 Klinik Kesihatan Dinaikkan

BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

Pasukan tindak balas wabak termasuklah penyelam dari Taman Sabah, Jabatan Perikanan Lahad Datu, Kumpulan Menyelam Teluk Darvel dan NGO Belia Larapan.

Pengurus Program RCM yang juga salah seorang ahli pasukan tindak balas wabak, Nadhirah Mohd Rifai turut mengongsikan pengalamannya dalam menangani wabak COTS sebelum ini.

“Walaupun COTS adalah pemangsa semula jadi batu karang, wabak besar seperti yang berlaku sekarang boleh menyebabkan kemudaratan besar kepada terumbu karang,” katanya Jumaat lalu.

Pada 01 Jun minggu lalu, pasukan tersebut telah mengumpul 485 COTS di Pulau Balik.

Jelas Nadhirah, sekiranya tiada pengawasan dilakukan terhadap COTS itu maka kebanyakan batu karang akan mati.

Sehubungan itu, katanya tindakan segera bagi mengurangkan populasi COTS perlu diambil sebelum ia mendatangkan kerosakan yang lebih teruk lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: