Tempatan

Rundingan Bukan Jalan Penyelesaian Kes Pertikaian Penjagaan Lain Agama – NGO Bukan Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Sebuah NGO bukan Islam telah membuat kenyataan bahawa cadangan bagi mewujudkan pusat mediasi dalam menyelesaikan isu berkaitan hak penjagaan anak di antara pasangan yang beragama Islam dan bukan Islam mungkin tidak dapat dilaksanakan secara praktikal.

NGO tersebut iaitu Majlis Perundangan Agama Buddha, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHCT) menyatakan bahawa cadangan tersebut berkemungkinan akan menyukarkan lagi keadaan dan kes seperti ini juga berisiko untuk dipolitikkan.

BACA JUGA: JAGA-JAGA, Malaysia Dijangka Dilanda Jerebu Teruk Bermula Jun
BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Naik Berperingkat Akhir Tahun Ini
BACA JUGA: KKM Cadang Ambil Jururawat Asing

NGO tersebut mendakwa bahawa masalah seperti itu timbul berikutan terdapat undang-undang di beberapa negeri yang menyebutkan bahawa hanya satu pihak iaitu sama ada ibu atau bapa bagi seseorang kanak-kanak yang diperlukan untuk mengislamkan anak.

Dakwa mereka undang-undang tersebut adalah jelas bertentangan dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini dinyatakan setelah Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Ahad lalu telah mencadangkan agar proses mediasi yang bersifat tidak formal diadakan bagi pihak-pihak yang terlibat menyelesaikan pertikaian mereka di luar mahkamah.

Namun Na’im tetap mengakui bahawa cadangan mengenai proses mediasi luar mahkamah itu masih memerlukan kajian lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: