Antarabangsa

Elon Musk Akan Kembalikan Semula Akaun Yang Disekat Mulai Minggu Hadapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 27 November 2022 – Akaun-akaun Twitter yang disekat akan dikembalikan semula bermula minggu hadapan setelah ‘pengampunan’ diberikan.

Pemilik Twitter, Elon Musk mengumumkan pengampunan itu setelah menjalankan tinjauan pendapat sama ada berbuat demikian atau tidak bagi pengguna yang tidak melanggar undang-undang atau terlibat dalam spam yang teruk.

Berdasarkan tinjauan itu, 72.4 peratus responden bersetuju manakala 27.6 peratus tidak bersetuju untuk mengembalikan akaun tersebut.

Baru-baru ini, Musk telah mengembalikan beberapa akaun yang sebelum ini disekat kerana melanggar peraturan Twitter termasuk akaun bekas Presiden Donald Trump, anggota kongres Marjorie Taylor Greene dan Kanye West.

Terdahulu, akaun Twitter Trump disekat kerana didakwa menghasut untuk melakukan keganasan semasa insiden Capitol 6 pada Januari 2021 dan akaun Greene digantung selepas berulang kali berkongsi maklumat salah mengenai COVID-19 manakala West dikenakan tindakan kerana menciap kenyataan berunsur anti-Semitik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: