Tempatan

Polis Sahkan Insiden Kepala Babi Atas Bendera PN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA PILAH, 09 Ogos 2023 – Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani mengesahkan insiden kepala babi yang diletakkan atas bendera parti Perikatan Nasional (PN) di hadapan Bilik Gerakan DUN Juasseh yang ditemukan kira-kira jam 7.15 pagi ini.

Menurut calon PN DUN Juaseeh, Datuk Eddin Syazlee Shith, laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Pilah sejurus penemuan kepala khinzir tersebut.

BACA JUGA: ‘Konsert LGBT’: The 1975 Diberi Notis Tuntutan Bayar RM12.3 Juta Dalam 7 Hari – Peguam

BACA JUGA: 18 Juta Pelancong Asing Dijangka Melawat Malaysia Tahun Ini

BACA JUGA: Tiada Cuti Khas Di Pulau Pinang 12 Ogos Ini

Beliau turut memaklumkan bahawa kepala khinzir turut diletakkan di rumah pegawainya di sekitar daerah itu.

Namun, beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu cabaran tatkala bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini dan tidak menuduh sesiapa demi menjaga sensitiviti pelbagai pihak.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak wajar berlaku ketika ini dan seharusnya meletakkan pendekatan berpolitik yang lebih matang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: