Tempatan

50 Sup Terbaik Dunia, Bak Kut Teh ‘Wakili’ Malaysia Di Tangga Ke-39

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2022 – Bak Kut Teh tersenarai di tangga ke-39 di bawah senarai 50 sup terbaik di dunia bagi bulan Ogos 2022, menurut ranking yang dikeluarkan oleh TasteAtlas, sebuah laman web pengkritik makanan dan juga travel guide makanan tradisional baru-baru ini.

“Kedudukan sup dunia mengikut penilaian penonton TasteAtlas. Pendapat?” kata TasteAtlas dalam Facebook mereka.

Menurut perkongsian laman TikTok World of Buzz, secara umumnya ranking Bak Kut Teh itu tidak mendapat sebarang bantahan daripada orang ramai.

Namun, rakyat Malaysia menyatakan bahawa terdapat banyak lagi sup-sup yang ada di Malaysia selain Bak Kut Teh yang boleh dipertimbangkan.

“Malaysia ada sup akar teratai dan sup rusuk babi kacang, sup ayam hitam, sup ABC, sup Lei Cha, sup selada air, sup mi babi, sup kisar mentah, sup tembikai musim sejuk dan banyak lagi,” kata seorang pengguna lain yang juga dikongsi portal yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: