Tempatan

Perak Negeri Terbesar Mempunyai Hutan Simpan Kekal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 07 Disember 2023 – Negeri Perak adalah negeri yang mempunyai keluasan Hutan Simpanan Kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia setelah berjaya meningkatkan keluasan kepada 988,700.88 hektar sehingga November 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, keluasan itu bertambah 2,680.11 hektar berbanding tahun 2022 menjadikan saiz keseluruhan kawasan Hutan Simpanan Kekal adalah 96.4 peratus daripada keluasan kawasan berhutan di Perak.

Tambahnya, pencapaian itu juga telah menjadikan Perak sebagai negeri yang mempunyai peratus keluasan Hutan Simpanan Kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan peratusan sejumlah 47 peratus.

“Antara inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah dengan merealisasikan agenda Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 10 Juta Pokok di Negeri Perak.”

“Sehingga November 2023, sejumlah 6.9 juta pokok dengan keluasan 16,260 hektar telah berjaya ditanam di seluruh Negeri Perak,” katanya semasa membuat ucapan penggulungan portfolionya dalam Belanjawan 2024 Perak di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelas Exco itu juga, usaha berkenaan merupakan langkah menangani isu perubahan iklim seiring dengan inisiatif Perak Sejahtera 2030.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: