Tempatan

Kewujudan Bandar Satelit KotaSAS Bantu Kurang Kesesakan Bandar Kuantan – KDYMM YDPA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 08 Disember 2023 – “Ia (pusat pentadbiran) ditempatkan di KotaSAS ini dan dah sampai masa bandar Kuantan diperbesarkan lagi supaya boleh diversify penduduk di Kuantan yang kini semakin sesak. Dengan wujudnya bandar satelit KotaSAS ini akan bantu kurangkan kesesakan bandar Kuantan,” titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu berkenan merasmikan Pusat Pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah (PPSAS) di KotaSAS, semalam.

Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan rasa bertuah kerana dapat merasmikan pusat pentadbiran Negeri Pahang sebelum berakhir tempoh khidmat Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Menyentuh kronologi kewujudan PPSAS, pada tahun 2014 saya telah persembahkan kepada Almarhum ayahanda saya ketika itu berkenaan hasrat membina sebuah pusat pentadbiran baru memandangkan Wisma Sri Pahang sudah terlalu lama dan mengalami masalah maintenance (penyelenggaraan).”

Dalam titah, konsep pembinaan bangunan PPSAS ini juga hasil daripada hasrat Seri Paduka Baginda sendiri iaitu lebih ultra-modern berlandaskan keperluan ESG (Environmental Social dan Governance) demi kepentingan pada masa akan datang selain mahukan bangunan tersebut sebagai sebuah bangunan ikonik untuk dilihat orang luar.

Dalam pada itu, sebuah masjid bertaraf tinggi yang ditaja oleh Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan turut dibina di atas tanah KotaSAS di mana usaha tersebut adalah di atas hubungan baik sejak sekian lama.

Malah, terdapat juga cadangan untuk membina sebuah Kompleks Institut Ilmu yang menjadi pusat pelbagai cabang ilmu agama Islam di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Apa yang menariknya lagi, Seri Paduka Baginda bertitah, sebuah stesen ECRL turut dibina dan ia dijangka siap pada hujung tahun 2026.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: