NGO

Ugut Bunuh Kes Mualaf: PEMBELA Desak PDRM Siasat 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. PEMBELA merujuk kepada kenyataan SS Mufti Perlis serta YADIM baru-baru ini berhubung anak-anak Loh Siew Hong.

2. Kenyataan YB Dr P. Ramasamy adalah bersifat provokatif dan berniat jahat. Dia bukan membincangkan berkaitan hak penjagaan anak-anak Loh Siew Hong, tetapi lebih cenderung kepada mempertikai pengislaman ketiga anak-anak tersebut.

3. Anak-anak tersebut memeluk Islam atas dasar kerelaan mereka sendiri dan mereka diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis oleh bapa kandung mereka sendiri, tiada elemen paksaan, ancaman mahupun penculikan sepertimana didakwa oleh Dr P. Ramasamy. Anak-anak tersebut juga tidak pada bila-bila masa ditahan oleh mana-mana pihak tetapi dijaga dengan sebaiknya oleh individu dan badan Islam yang terlibat.

4. Malah ustazah yang menjaga anak-anak tersebut sedang berusaha untuk menemukan mereka dengan ibu kandung mereka walaupun mereka sebenarnya tidak mahu. PEMBELA mahu pihak PDRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas ugutan bunuh yang terdapat dalam komen-komen yang membantah pengislaman anak-anak tersebut.

5. Dewan Undangan Negeri Perlis telah meminda Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam berkaitan kapasiti pemelukan Islam kanak-kanak kepada frasa ‘ibu atau bapa’ pada tahun 2016. Oleh yang demikian keperluan yang ditetapkan pihak legislatif bagi perkara tersebut adalah salah seorang ibu, atau bapa, atau penjaga sahaja. Malah ia selari menurut Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan yang telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Raja Perlis sendiri pada 29 Mei 2003. Oleh itu, tidak timbul isu pemelukan Islam ketiga-tiga anak itu bercanggah dengan undang-undang.

6. PEMBELA ingin mengingatkan semua pihak bahawa penentuan berkaitan dengan hukum Syarak adalah di bawah bidang kuasa Negeri-Negeri. Oleh yang demikian, dalam menentukan kedudukan hukum Syarak sama ada perlu kebenaran salah seorang atau kedua ibu bapa adalah dalam bidang kuasa Negeri. Semua pihak wajib menghormati kerangka sistem perundangan dan Perlembagaan ini.

7. Kes duluan yang dirujuk pelbagai pihak iaitu Indira Ghandi melawan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak perlu dibezakan dari kes ini kerana kedudukan perundangan dan fakta yang berlainan.

8. Akhir sekali PEMBELA ingin menyeru semua pihak untuk menyokong kenyataan ini dan kepada pihak berkuasa agar menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang ingin menimbulkan kekacauan serta suasana tidak harmoni antara agama di dalam Negara ini.

PEMBELA tidak sekali-kali berkompromi apabila ia melibatkan aqidah umat Islam walaupun seorang.

Aminuddin Yahaya,

PENGERUSI PEMBELA

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: