Tempatan

Ustaz Wadi Annuar Tiada Tauliah Mengajar – JAIS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 06 Mac 2023 – “JAIS ingin menegaskan bahawa nasihat yang diberikan kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar adalah selaras dengan ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 yang menetapkan bahawa hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di Negeri Selangor.”

Demikian kenyataan dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) susulan tularnya isu pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar di Selangor.

BACA JUGA: Dua Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan

BACA JUGA: Projek Tebatan Banjir Disegerakan – PM

BACA JUGA: AMARAN Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

Dalam masa sama, Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad menyatakan, pihaknya mengambil maklum berkaitan hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook Ustaz Wadi Annuar pada 5 Mac 2023 tentang Makluman Pembatalan Ceramah Di Selangor yang kemudiannya telah dikongsi semula oleh Facebook Harakahdaily pada hari yang sama.

“JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak-pihak tertentu yang membuat hantaran-hantaran kurang tepat tentang prinsipal di media sosial dan ianya telah mewujudkan persepsi tidak baik terhadap DYMM Sultan Selangor, pihak Berkuasa Agama dan Kerajaan Negeri Selangor,” kata beliau.

Terdahulu, samudera.my melaporkan dua ceramah Ustaz Wadi Annuar, seorang penceramah bebas yang dijadualkan di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini dibatalkan.

Namun sebab kepada pembatalan ceramah tersebut tidak dinyatakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: