Tempatan

Kontroversi Dana Sekolah Vernakular Cina, Dong Zong Mahu Kerajaan Henti Buat Makluman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 – Berikutan kontroversi mengenai peruntukan Kerajaan kepada sekolah vernakular Cina, kumpulan pendidikan Dong Zong menggesa Kerajaan berhenti mengeluarkan kenyataan berkenaan hal tersebut.

Lapor media tempatan, Dong Zong mempertahankan peruntukan RM15.7 juta yang diberikan kepada Sekolah Cina seluruh negara selepas Pemuda UMNO membandingkannya dengan dana yang diperuntukkan untuk pusat pendidikan Islam.

“Dengan subsidi Kerajaan sebanyak RM15 juta, masyarakat masih perlu mengumpul RM25 juta dalam perbelanjaan operasi. Tambahan pula, perbelanjaan pembangunan dengan mudah berjumlah RM100 juta setahun,” katanya.

BACA JUGA: Teknologi AI: 83 Juta Jawatan Bakal Dihapuskan

BACA JUGA: Tular Polis Bantuan Didakwa Buat Lagak Samseng Jalanan Di DUKE

BACA JUGA: Peguam Melayu Pertikai Mengapa Wali Diwajibkan Untuk Pengantin Perempuan

Timbalan Presiden Dong Zong, Tan Yew Sing berkata, jumlah itu hampir sama dengan yang diberikan oleh Kerajaan terdahulu iaitu kira-kira RM400 juta bagi 63 sekolah vernakular Cina.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mempersoalkan peruntukan tersebut dan berkata bahawa jumlah yang diterima adalah dua kali ganda daripada yang diperuntukkan untuk institusi agama.

Beliau turut menggesa Kerajaan menyerap sekolah Cina ke dalam sistem pendidikan negara sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan.

Mengulas lanjut, Tan berkata, adil bagi Kerajaan memberi subsidi sepenuhnya kepada perbelanjaan pendidikan kerana masyarakat menyediakan pendidikan bagi pihak Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: