Tempatan

Pindah Bahan Batuan Secara Haram, Lapan Termasuk Lima PATI Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 17 Ogos 2023 – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menahan lapan orang lelaki termasuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia kerana memindahkan bahan batuan (tanah merah) secara haram berdekatan RTP Bukit Goh, kelmarin.

Perkara tersebut dikesan oleh UPNP dalam satu rondaan dan pemantauan menggunakan dron di satu kawasan yang disyaki menjalankan kerja-kerja pemindahan tanah dengan menggunakan tiga buah jengkaut dan tiga buah lori hantu.

BACA JUGA: Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Nafi Tuduhan Burukkan Usaha Pemutihan Sekolah Agama Persendirian

BACA JUGA: SOP Lombong REE Akan Diumumkan Segera – Sanusi

Aktiviti tersebut bagaimanapun berjaya dirakam sebelum pihak UPNP bergegas ke lokasi tersebut bagi melakukan pemeriksaan dan serbuan.

Jelas UPNP, pengusaha tempatan yang berada di kawasan tersebut gagal mempamerkan sebarang kelulusan bagi aktiviti memunggah tanah di kawasan itu sebelum ditahan bersama tujuh lelaki warga Indonesia yang berada di lokasi tersebut.

Malah, pihak UPNP turut merampas tiga buah jengkaut dan empat buah lori hantu yang digunakan bagi aktiviti berkenaan dan turut menyerahkan lima orang PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang untuk tindakan selanjutnya.

Justeru, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara (Akta 828) bagi tindakan selanjutnya.

Untuk rekod, pemindahan bahan batuan secara tidak sah adalah menjadi satu kesalahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: