Tempatan

Tutup Sekolah Islam: Segera Rayu Untuk Imbangi Hak, Jika Gagal Boleh Failkan Kes Ke Mahkamah – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – “Pengusaha digesa membuat rayuan supaya pihak Kementerian dapat mengimbangi hak pengusaha yang sudah menjalankan premis terutamanya kepada sekolah yang mempunyai pelajar yang akan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat ini,” ujar Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla.

Cadangan beliau ini adalah susulan daripada laporan berkaitan nasib Sekolah-Sekolah Persendirian Islam yang bakal terjejas operasinya akibat pekeliling terkini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Terdahulu, media melaporkan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Ustaz Idris Ahmad berhubung laporan yang diterima dari pengusaha mengenai kekhuatiran nasib bagi 80 buah sekolah dan masa depan pendidikan bagi 20 ribu murid-murid bakal terjejas dan berkemungkinan hilang tempat belajar disebabkan pihak PBT mengetatkan syarat untuk kelulusan premis Sekolah Islam Persendirian di Selangor.

Menurut Haniff, isunya sekarang adalah bagaimana nak mengimbangi keadaan itu.

Maka, pihak-pihak berkuasa berkenaan perlulah diberi arahan oleh pihak Kementerian untuk mempercepatkan proses terhadap permohonan yang dibuat oleh pihak-pihak pengusaha sekolah-sekolah yang berkenaan supaya tidak memudaratkan anak-anak murid.

“Bagi saya, ini soal pengimbangan bukan soal sama ada boleh atau tak boleh, bukan juga soal perlu diberi juga walaupun tiada jaminan keselamatan,” ujarnya.

Kementerian Jangan Tukar Syarat Serta Merta

“Bila kita bercakap berkenaan mengimbangi maka tak bolehlah Kementerian menukar syarat dengan serta-merta kerana masih ada pelajar-pelajar di dalam sekolah tersebut tambahan mereka akan menduduki peperiksaan,” katanya.

Menurut beliau, dalam pada pihak pengusaha membuat rayuan maka di pihak majlis juga perlu peka dengan keperluan 20 ribu anak-anak murid seperti dalam perangkaan yang dilaporkan.

Pada masa yang sama, mungkin teguran boleh diberikan oleh Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kerajaan Tempatan kepada pihak bomba, pihak-pihak yang perlu diberi kebenaran untuk memberi pengkhususan kelulusan dengan sesegera mungkin mengenai pematuhan syarat-syarat kepada pengusaha-pengusaha sekolah-sekolah agama, pusat tuisyen dan sebagainya.

Perkara ini akan melibatkan banyak perkara, bukan sahaja mengenai Undang-Undang Pendidikan tetapi juga berkaitan dengan Undang-Undang Perlesenan berkaitan penempatan perniagaan di pejabat yang di bawah Majlis-Majlis Perbandaran.

Jelasnya, perkara ini ada juga berkaitan dengan premis-premis yang digunakan untuk pusat pembelajaran yang dikhuatiri terbakar dan tidak selamat, termasuk ketiadaan bahan-bahan memadam kebakaran apabila berlaku kebakaran dan sebagainya. Ini antara perkara yang menjadikan keselamatan sebagai keutamaan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, ia perlu ada pengimbangan bagi kedua-dua perkara dari pihak Kementerian walaupun pihak majlis sebelum ini ada memberi perlesenan kepada pengusaha bagi tujuan Pendidikan Tahfiz ataupun Pusat Tuisyen sekalipun tanpa apa-apa syarat ketat tentang kebakaran atau apa jua bentuk kecemasan yang lain.

Maka kita percaya, pasti sebab mengapa mereka mengubahnya sebelum mengeluarkan lesen kepada pengusaha adalah demi keselamatan semua pihak supaya perkara-perkara yang pernah berlaku tidak berulang kembali.

Pengusaha Boleh Membawa Kes Ke Mahkamah Kehakiman

Tambahnya, namun misal kata Pihak Kerajaan Tempatan, Majlis-Majlis Perbandaran dan sebagainya tidak mahu memberi ruang untuk membuat pengimbangan maka pilihan dari sudut undang-undang yang ada kepada pengusaha adalah untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Majlis-Majlis Perbandaran.

Bagaimanapun, telah sedia maklum bahawa Majlis Perbandaran juga mempunyai proses-proses tertentu supaya keputusan boleh dirayu dan sebagainya.

“Namun, setelah proses rayuan dalaman telah selesai kemudian, jika tidak dapat juga penyelesaiannya dan tidak mahu dipertimbangkan untuk mengimbangi masalah yang timbul maka pengusaha sekolah masih boleh membawa kes ke Mahkamah Kehakiman,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: