Tempatan

Jual Arak Kedai Serbaneka: Pekerja Islam Boleh Dipenjara Dua Tahun – YDP ISMA Seremban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 24 September 2022 – Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban, Zakri Zain berkongsi sebuah hantaran di laman Facebook beliau berkenaan isu penjualan arak oleh pekerja Muslim di kedai serbaneka sebuah kawasan perumahan.

Beliau berkongsi perasaan sedih melihat peristiwa seorang bukan Islam membeli sekarton arak yang mana transaksi jualan itu diuruskan oleh seorang pekerja Muslim. Beliau menyatakan perasaannya bercampur baur antara marah dan sedih disebabkan arak tersebut dijual di sebuah kedai serbaneka yang majoriti penduduknya Muslim.

Beliau merakamkan kesedihan kerana pekerja Muslim tersebut terpaksa menguruskan jual beli arak yang secara jelas menjadi kesalahan jenayah Syariah di bawah Seksyen 79 (1992) undang-undang Syariah Negeri Sembilan yang membawa hukuman denda RM3 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau bersama NGO ISMA cawangan Seremban dengan jawatankuasa surau dan penduduk taman berdekatan bersepakat untuk membuat bantahan jualan arak di premis tersebut. Beliau berkongsi bantahan yang disampaikan penduduk tersebut diterima dengan baik oleh pengurus kedai serbaneka itu.

“Respon pengurus itu sangat baik. Sebagai Muslim, dia juga tidak bersetuju arak dijual di kedai serbaneka itu… tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa.”

Saya berpendapat setiap individu dalam masyarakat boleh berperanan dalam isu jualan arak di komuniti Muslim.

Pemimpin-pemimpin institusi dalam masyarakat seperti masjid, surau dan persatuan mula berpakat bagi mewakili suara penduduk untuk membantah isu jualan arak seperti ini.

Bak kata pepatah, ‘sepakat membawa berkat’.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: