Antarabangsa

Gencatan Senjata Hanya Akan Untungkan Hamas – Jurucakap Rishi Sunak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 27 Oktober 2023 – Jurucakap bagi Perdana Menteri United Kingdom (UK) Rishi Sunak telah menyatakan bahawa gencatan secara besar-besaran hanya akan memberi keuntungan kepada Hamas.

Dalam kenyataan yang sama, jurucakap tersebut turut mengatakan bahawa Britain akan membincangkan tentang jeda kemanusiaan dalam konflik yang berlaku di Gaza bagi memberi kemudahan untuk penghantaran bantuan.

Ujarnya, “Jeda kemanusiaan – yang bersifat sementara, dan dalam skop yang terhad – boleh menjadi alat operasi, dan ianya jelas merupakan sesuatu yang kami boleh pertimbangkan, dan apa yang kami sedang bincangkan”.

Beliau dalam kenyataannya pada Rabu lalu itu turut menyifatkan Hamas sebagai kumpulan militan.

Menerusi kenyataan sama juga jurucakap tersebut telah menjelaskan bahawa kerajaan UK tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agong PBB bahawa serangan Hamas pada awal bulan ini “tidak berlaku daripada kekosongan”, yang merujuk kepada ianya sebenarnya berpunca daripada tindakan Israel.

Kata jurucakap tersebut, “Kami tidak bersetuju dengan cara perwatakan yang dikemukakan itu”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: