Antarabangsa

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Kecam Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 19 April 2022 – Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam tindakan tentera rejim Israel yang menceroboh masjid suci al-Aqsa dan menyerang jemaah di dalam masjid al-Qibli dan di plaza al-Aqsa sehingga mencederakan seramai 152 jemaah.

OIC turut mengutuk Israel yang bertindak menyekat pintu kompleks al-Aqsa dan menangkap ratusan jemaah yang ada. Ia menganggap jenayah ini sebagai penghinaan terhadap seluruh umat Islam dan pelanggaran secara terang-terangan terhadap resolusi dan instrumen antarabangsa.

OIC turut berkata pencerobohan Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jenayah dan keganasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin, wilayah dan tempat perlindungan mereka.

OIC juga menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), agar mengambil tindakan menamatkan pencerobohan ini, serta melindungi rakyat Palestin dan tempat suci mereka, dan menghalang pengulangan serangan Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: