Antarabangsa

7 Diberkas Sewakan Akaun Bank Kepada ‘Scammers’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 23 Jun 2023 – Tujuh orang lelaki telah berjaya diberkas berikutan tuduhan terlibat di dalam pelbagai bentuk penipuan termasuklah panggilan palsu, pelaburan, pekerjaan serta berpura-pura menjadi pegawai kerajaan.

Mereka yang ditangkap berusia di antara 18 hingga 34 tahun itu dituduh telah membuat perjanjian dengan beberapa sindiket jenayah menerusi laman Facebook serta aplikasi pesanan Telegram bagi penggunaan akaun-akaun bank mereka.

BACA JUGA: Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta

BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ

BACA JUGA: Lembab Tangani Kandungan Memudaratkan, MCMC Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Meta

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh pihak polis tempatan menerusi sebuah penerbitan berita pada hari ini.

Para suspek yang ditangkap itu dipercayai telah menjual atau menyewa akaun-akaun bank mereka, atau telah memperdayakan pihak bank dalam membuka akaun-akaun baru supaya mereka dapat menjualnya kepada pihak sindiket.

Menurut laporan, mereka yang ditahan itu telah menerima di antara S$500 hingga S$900 bagi setiap akaun bank.

Salah seorang daripada mereka juga dikatakan telah menjual Singpass beliau dengan harga S$300 kepada sindiket-sindiket tersebut untuk mereka membuat akaun bank baharu serta akaun-akaun lain.

Pada Mei lalu, beberapa undang-undang baru telah diwujudkan yang menjenayahkan sesiapa sahaja yang berkongsi kata laluan Singpass atau akaun bank mereka dengan mana-mana pihak yang disyaki akan menggunakannya bagi tujuan jenayah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: