Antarabangsa

Doktor Di England Mogok Empat Hari Minta Naik Gaji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ENGLAND, 12 APRIL 2023 – Para doktor yang bekerja di perkhidmatan kesihatan awam England telah melancarkan sebuah mogok yang disifatkan sebagai sebuah mogok yang paling teruk dalam sejarah England pada hari semalam.

Mogok tersebut dilancarkan berikutan ketidakpuasan hati para doktor berkenaan dengan kadar pembayaran gaji serta keadaan kerja.

BACA JUGA: 2 Warga Indonesia Larikan Diri Dalam Perjalanan Ke Penjara Kini Diburu

BACA JUGA: Sulu: Fuad A Kiram Diklasifikasikan Pengganas

BACA JUGA: Kementerian Pendidikan Umum Cuti Khas Raya 19 April Ini

Tindakan yang diambil selama empat hari itu  bermula pada jam 7 pagi. Sebelum ini, para pekerja di kedua-dua sektor awam dan swasta telah menjalankan mogok mereka selama beberapa bulan berikutan isu peningkatan kos sara hidup yang berlaku disebabkan inflasi di negara tersebut.

Tindakan mogok yang dilakukan oleh doktor junior itu pula berlaku setelah berlangsungnya mogok tiga hari pada bulan lalu dan beberapa siri mogok yang dilakukan oleh para jururawat.

Perkara ini dianggap sebagai mogok paling serius pernah dilakukan dan ianya telah menyebabkan ratusan ribu temujanji kesihatan terpaksa dibatalkan.

Para doktor yang melakukan mogok tersebut menuntut kenaikan gaji sebanyak 35 peratus yang mana ianya diperlukan untuk menampung potongan gaji yang tinggi yang belum pernah berlaku selama beberapa dekad ini.

Pihak kerajaan pula kelihatan tegas dengan pendirian mereka bahawa tuntutan yang diminta itu adalah di luar kemampuan mereka berikutan kadar inflasi yang terlalu tinggi dan kadar perkembangan yang terlalu lembab di negara tersebut pada masa kini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: