Tempatan

Bekas Pemain Badminton Negara Keluar Ucapan Rasis, Hina Melayu Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik dipercayai telah mengeluarkan kenyataan rasis terhadap kaum Melayu sekali gus memperlekeh ibadah umat Islam.

Menerusi sebuah video berdurasi 1:17 minit yang dikongsi seorang pengguna Twitter, bekas pemain itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dikendalikan orang Melayu.

Katanya, “Bagi orang Melayu jadi management. Eh diaorang sembahyang dah 5 kali sehari mana ada masa nak manage BAM! Lemah pengurusan ini, sistem yang lemah menyebabkan pemain Malaysia semua merosot!”

Ujarnya lagi, dia mengharapkan agar kaum Cina dapat menggantikan tampuk pengurusan BAM kerana orang Melayu hanya tahu makan sahaja.

BACA JUGA: Tanah Runtuh, Jalan Genting Sempah-Janda Baik Ditutup

BACA JUGA: “Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?” – CIJ

BACA JUGA: JAGA-JAGA Ribut Petir & Hujan Lebat Langgar Malaysia Hingga Esok

“Jangan bagi orang Melayu, jadilah tukar orang cina. Cuba tengok ada improve sebab orang Melayu dalam mindset saya, semua malas tau makan jer, sebab satu hari sembahyang 5 kali. Dia mana ada niat nak uruskan BAM dengan baik?”

Kritikan Guang Yik yang kini merupakan jurulatih badminton di China mendapat tentangan banyak pihak kerana menyentuh perihal agama dan bangsa tanpa kaitan dengan prestasi pemain.

“I dont think i can sit back and relax when ppl talk shit about my religion. Hey u ! If u wanna critics about mngt go ahead, condemn as much as u wish, at least they know what that need to be improve. But ‘solat 5 waktu’ is ur concern??? Ni dah racist ni,” tegas seorang pengguna.

“One can criticize management for whatever incompetence, real or perceived, but not on their religious adherence,” kata seorang pengguna lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: