Siasatan Awam Dapati Serangan Seksual Terhadap Kanak-kanak Merupakan Epidemik Kebangsaan Britain
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BRITAIN, 25 Oktober 2022 – Siasatan awam selama tujuh tahun di Britain menyimpulkan bahawa penderaan seksual terhadap kanak-kanak merupakan epidemik kebangsaan di negara itu, ujar berita antarabangsa.
Perbuatan mengerikan ini sudah disembunyikan sekian lama selama beberapa dekad disebabkan ketaksuban ahli politik dan institusi terhadap reputasi mereka berbanding kebajikan golongan muda, dedah Inkuiri Bebas Penderaan Kanak-Kanak (IICSA).
“Sifat dan skala penderaan yang kami hadapi adalah mengejutkan dan sangat merisaukan. Ini bukan sekadar penyelewengan sejarah yang berlaku beberapa dekad lalu, ia adalah masalah yang semakin meningkat dan merupakan wabak negara,” kata Alexis Jay, pakar penjagaan sosial yang mengetuai siasatan.
Siasatan tersebut ditubuhkan pada Julai 2014 dan merupakan salah satu penyiasatan terbesar dan mahal pernah dilakukan di Britain. Mereka telah menerbitkan 15 penyiasatan dan puluhan laporan lain serta mendengar daripada 725 saksi semasa 325 perbicaraan bermula Februari 2017.
Selain itu, IICSA juga telah mengumpulkan butiran kes penderaan mengerikan seperti Gereja Katolik dan memproses hampir 2.5 juta muka surat bukti kes penderaan yang telah berlaku.
Dalam pada itu, lebih 6,000 mangsa dan mangsa penderaan yang terselamat mengaitkan pengalaman mereka dengan ‘Truth Project’ IICSA.
Penderaan tersebut sering dilakukan oleh individu yang dikenali dan dipercayai mangsa sekali gus disertai dengan keganasan melampau dan perlakuan sadisme, mengakibatkan kesakitan fizikal yang perit.
IICSA turut membongkarkan peningkatan penderaan atas talian sejak beberapa tahun lalu dan statistik menunjukkan peningkatan serangan sebanyak 45% terhadap kanak-kanak di bawah empat tahun.
Walaupun siasatan telah dijalankan, IICSA bersama peguam yang mewakili mangsa mendapati cadangan dan langkah perlindungan masih tidak mencukupi.
Justeru itu, Ketua Undang-Undang Penderaan di Slater & Gordon, Richard Scorer menegaskan dalam satu kenyataan, “Kami akan berjuang untuk mengukuhkan cadangan ini semasa melalui parlimen, supaya generasi kanak-kanak akan datang boleh mendapatkan perlindungan menyeluruh yang mereka perlukan.”
Our statement on today’s @InquiryCSA report, just published: pic.twitter.com/GVnZgLQ2vb
— Richard Scorer (@Richard_Scorer) October 20, 2022