Antarabangsa

Serangan Berdarah Tetak Isteri Tepi Jalan, Suami Ditahan Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 16 April 2022 – Seorang lelaki ditahan selepas menetak seorang wanita di Beach Road dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Lelaki itu yang berusia 46 tahun dipercayai suami kepada mangsa ditahan selepas menetak mangsa yang merupakan isterinya berdekatan Zhong Hua Steamboat sekitar jam 5.30 petang.

BACA: Pelampau Hindu Bangun Subuh Lawan Laungan Azan

BACA: “Aku Akan Cabar Islam Kamu” – Siti Kasim

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui seorang wanita berusia 41 tahun dengan kesan tetakan. Dia  kemudiannya dihantar ke hospital dalam keadaan masih sedar.

“Sebelum polis tiba, lelaki itu dipercayai mengelar pergelangan tangannya sendiri dengan pisau pemotong daging,” kata polis.

Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video memaparkan seorang lelaki memakai t-shirt, seluar dan topi hitam telah menetak seorang wanita dengan senjata diikuti dengan tangannya yang berlumuran darah.

Dalam salah sebuah rakaman video itu menunjukkan orang ramai turut membaling pelbagai barangan termasuk kerusi dan baldi bagi menghalau suspek.

“Dia menetak wanita itu berkali-kali dan perkara pertama yang saya fikir untuk lakukan ialah membantu dia.”

“Saya tidak boleh hanya berdiri di sana dan tidak berbuat apa-apa apabila nyawanya pergi begitu sahaja di hadapan kami,” ujar Jackie Tee, seorang pekerja restoran.

Zhang, juga pekerja kedai makan berdekatan mengatakan dia terlihat seorang wanita berlari dari belakang salah sebuah kedai sambil dikejar oleh seorang lelaki menggunakan pisau pemotong daging.

Menurutnya, lelaki tersebut mengejar wanita itu hingga ke bahagian hadapan kedai, menolaknya ke tanah lalu menetaknya menggunakan senjata yang dibawa.

Suspek telah ditahan dan dihantar ke hospital dalam keadaan sedar. Pisau yang digunakan turut dirampas dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Asisten Komisioner Polis (AC), Jeremy Ang, Komander Bahagian Polis Pusat berkata, pihaknya memuji tindakan orang ramai yang telah campur tangan dalam menghalang lelaki terbabit daripada mendatangkan bahaya kepada wanita tersebut.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu ini atas cubaan membunuh.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh dipenjarakan seumur hidup atau sehingga 20 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: