Antarabangsa

Gempa Bermagnitud 5.9 Melanda Turki, Getaran Terasa Sehingga Istanbul & Ankara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DUZCE, 23 November 2022 – Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter menggegarkan wilayah Duzce di barat laut Türkiye sehinggakan dirasai sehingga bandar Istanbul dan Ankara, kata pegawai dan penduduk setempat.

Menurut agensi pengurusan bencana Türkiye, AFAD, gempa bumi yang melanda pada 4:08 pagi (waktu tempatan) pada Rabu berpusat kira-kira 14 kilometer barat laut Duzce, di daerah Golyaka itu berlaku dengan 18 gegaran susulan.

Bekalan elektrik dilaporkan dipotong oleh pihak berkuasa sejurus selepas gempa untuk mengawal keadaan.

Presiden AFAD, Yunus Sezer memaklumkan, tiada situasi negatif buat masa ini dan pihaknya masih meninjau keadaan semasa.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu juga memaklumkan tiada kehilangan nyawa dilaporkan buat masa ini.

Gempa itu berlaku 10 hari selepas negara itu mengadakan latihan gempa bumi di seluruh negara sempena ulang tahun ke-23 gempa bumi tragis 1999 di wilayah sama yang mengorbankan 710 orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: