Tempatan

Tanah Runtuh Batang Kali: Waris, Mangsa Gesa MB Kemuka Laporan Segera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 15 Ogos 2023 – Mangsa yang terselamat serta waris kepada mangsa bencana tanah runtuh di Batang Kali menyeru Menteri Besar sementara Selangor, Amiruddin Shari untuk mengemukakan laporan siasatan bencana tersebut dengan segera.

Lapor sebuah portal berita tempatan, mereka dikatakan kecewa dengan kurangnya ketelusan yang melibatkan siasatan insiden tersebut yang berlaku pada 16 Disember tahun lalu sehingga meragut 31 nyawa termasuk 13 kanak-kanak.

BACA JUGA: Kementerian Pertimbang Tidak Perbaharui Lesen Taska Tiada CCTV

BACA JUGA: Islam Agama Paling Cepat Berkembang, Atasi Jumlah Penganut Kristian

BACA JUGA: Jakarta Ungguli Carta Udara Paling Kotor Di Dunia

Menurut mereka, adalah penting untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi menentukan punca berlakunya bencana tersebut selain untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku pada masa depan.

“Jika laporan siasatan tidak disampaikan dengan segera dan telus, kami menyeru beliau berundur, benarkan seseorang yang lebih berwibawa untuk menyelia keadaan dan memastikan keadilan untuk mangsa,” tegas salah seorang mangsa yang terselamat.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang kali di Hulu Selangor itu turut mencederakan 61 individu yang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: