Tempatan

Kereta Hilang Dicuri Bahana Aplikasi Sewa Kereta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Julai 2022- “Jadi mimpi ngeri aku bermula bila aku tanya status dekat T***o, dan wakil T***o bagitahu, pelanggan cakap dekat dia, bagi member pakai pergi Bentong (tapi sebenarnya Banting – pihak T***o salah dengar). Aku terus text pelanggan, dan dari situ aku dah tahu kereta aku kena curi,” kata @norazambudin.

Berkongsi lanjut pengalaman kereta miliknya dicuri selepas diletakkan untuk disewa, @norazambudin berkata, beliau terus membuat laporan polis selepas mengetahui keretanya dicuri.

Malang bertimpa kerana, kereta sewa rupa-rupanya tidak dilindungi di bawah insurans.

“Aku terus buat laporan polis dalam tempoh 24 jam, dan kes aku komersial yang ambil (bukan jenayah) sebab melibatkan app T***o ni. Masa lapor barulah aku tahu kalau sewa kereta ni, insurans tak boleh lindung. Bila polis kongsi pasal tu, aku terus menyesal beb,” katanya lagi.

Memburukkan keadaan, pengesahan pengguna aplikasi sewaan kereta ini rupa-rupanya tidak boleh dipakai.

“Yang jadikan kes ni lebih teruk, T***o bawa maklumat terperinci pengguna untuk sokong dokumen laporan, pengesahan pengguna T***o ni memang tak boleh pakai. Boleh dia luluskan pengesahan orang yang siap pakai spek mata macam ni? Tambahan muka dalam I/C dengan mamat tu tak sama langsung,” kata @norazambudin dalam bebenang Twitternya.

Kerana itu, beliau berharap agar ciapannya itu dapat dihebah dan dipanjangkan supaya orang ramai tidak menjadi mangsa sepertinya selain pelaku dapat ditangkap.

“Jadi aku harapkan korang boleh panjangkan ni. Supaya ramai-ramai buat uninstall app T***o untuk elakkan jadi kes macam aku. Lama hutang nak kena tanggung ni.”

Ketua Polis Daerah Brickfields Acp Amihizam Bin Hj. Abdul Shukor dalam satu kenyataan media baru-baru ini memaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Brickfields.

“Susulan terkesan satu kenyataan yang dikeluarkan daripada 1/Lelaki Melayu melalui laman sosial Twitter mengenai dakwaan kehilangan kereta mangsa menerusi aplikasi T***o pada hari ini. Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Brickfields dan kes ini membabitkan saspek 1/lelaki warganegara tempatan dan kenderaan jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM 361,723.71.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: