Antarabangsa

Hutang Kerajaan AS Paling Tinggi Sepanjang Zaman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 04 Januari 2024 – Hutang kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mencecah tahap yang belum pernah dicapai sebelumnya yang mana ianya telah mencapai $34 trilion buat pertama kalinya dalam sejarah.

Hutang negara tersebut juga adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan peminjam terbesar dunia iaitu China.

Kini jumlah hutang awam AS adalah bersamaan dengan $102,000 bagi setiap orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di negara tersebut. Ianya juga adalah bersamaan dengan sekitar $260,000 bagi setiap isi rumah.

Menurut Peter G. Peterson Foundation yang merupakan kumpulan fiskal swasta AS, hutang negara tersebut kini kekal berada pada tahap yang merosakkan serta tidak mampan.

Ujar CEO badan tersebut Michael Peterson, “Dengan menambah trilion demi trilion dalam hutang tahun demi tahun, ianya sepatutnya menjadi tanda amaran yang jelas bagi mana-mana pembuat polisi yang mengambil berat akan masa depan negara kita ini.”

Pinjaman yang dilakukan AS telah meningkat sebanyak $6.25 trilion atau sekitar 23% sejak Joe Biden menjadi presiden tiga tahun lalu.

Peningkatan kadar hutang negara tersebut telah meningkat terlalu laju sejak dari dua dekad yang lalu dengan penambahan $9 trilion sewaktu pemerintahan Barack Obama dalam tempoh 8 tahun, serta peningkatan sebanyak $7.8 trilion pada 4 tahun tempoh pemerintahan Trump.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: