Antarabangsa

Calon Gabenar Demokrat Mahu ‘Penjenayah Perang’ Biden Didakwa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 16 Januari 2023 – Calon gabenor di negeri Kentucky, Geoffrey Young telah menuduh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden sebagai penjenayah perang di Ukraine dan beberapa negara lain.

Young pada kenyataan yang sama turut menyatakan bahawa presiden tersebut sepatutnya didakwa atas tuduhan menjalankan kerja-kerja proksi secara haram terhadap Rusia.

BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Langgar Sabah & Sarawak 4 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin

BACA JUGA: MAIS Berjaya Pertahan Keislaman Wanita, Mahkamah Sivil Tiada Hak Kata Hakim

Kenyataan beliau itu telah dimuat naik di laman Twitter yang mana beliau mengatakan,

“Saya fikir bahawa Joe Biden (D-war criminal) patut didakwa secepat mungkin bagi jenayah-jenayah perang di Ukraine, Yemen, Syria, Iraq, etc.,”.

Pada hantaran Twitter yang sama beliau turut menyatakan bahawa presiden itu sepatutnya turut didakwa berikutan peranannya dalam meneruskan perang proksi secara haram terhadap Rusia di Ukraine.

Menurutnya juga, semua presiden AS sejak dari tahun 1945 adalah penjenayah perang, termasuklah mantan presiden dari Republikan, Donald Trump.

Young yang merupakan graduan ekonomi daripada MIT sering mengajukan pendapat yang bersifat bercanggah dengan ahli parti Demokrat yang lain. Misalnya, beliau pernah menyatakan bahawa Biden telah membuat provokasi terhadap China secara melulu serta menghantar tentera di Syria dan Iraq secara haram.

Beliau juga pernah membuat kenyataan bahawa rejim Kiev adalah “kerajaan puppet Nazi” serta menyifatkan CIA sebagai “pertubuhan pengganas yang paling teruk di dunia hari ini”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: