Tempatan

Kerajaan Sendiri Tidak Begitu Faham Matlamat Utama Tabung Haji – Tan Sri Yussof Latiff PEMENANG

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PULAU PINANG, 23 Julai 2021 – Matlamat utama Tabung Haji (TH) ditubuhkan pada November 1962 seperti yang dinyatakan dalam Akta Tabung Haji dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah jelas iaitu sebagai sebuah agensi Islam yang diberi amanah dan tanggungjawab menyimpan wang bakal jemaah haji selain menguruskan jemaah haji ke tanah suci Mekah,” kata Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG),Tan Sri Dato Seri Dr Haji Mohd Yussof Latiff.

Menurutnya, tindakan Kementerian Kewangan untuk meletakan TH di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) adalah dikesali dan menggambarkan seolah-olah kerajaan sendiri tidak begitu faham matlamat utama TH itu apabila meletakannya setaraf dengan syarikat kewangan.

“Tabung Haji bukanlah sebuah institusi kewangan seperti mana-mana institusi kewangan lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan harus sedar risiko keputusan yang dibuat itu kerana BNM adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan dan apa akan berlaku kepada TH jika Menteri Kewangan dilantik dari kalangan bukan umat Islam yang tidak memahami maqasid kewujudan TH.

Beliau berkata, deposit umat Islam yang berjumlah ratusan bilion ringgit itu dilaburkan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi menjana keuntungan dan menyalurkan sedikit keuntungan sebagai subsidi kepada pendeposit yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama.

Katanya, isu TH yang timbul sebelum ini ialah terdapat kecurigaan dalam pengurusan dan pelaburan yang dilaporkan mengalami kerugian di samping dakwaan terdapat aset dijual kepada syarikat bukan Islam.

Kata Haji Mohd Yussof lagi, PEMENANG menyambut baik pengumuman kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan-dakwaan terbabit namun mendapati tiada keperluan untuk meletakan TH dibawah kawal selia BNM.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menganjurkan perbincangan bersama dengan NGO Islam dan Melayu mengenai tadbir urus TH.

“PEMENANG menggesa Kementerian Kewangan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menganjurkan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Islam dan Melayu mengenai cadangan meletakan Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).”

“Menerusi perbincangan dengan NGO Islam dan Melayu, kerajaan boleh mendapatkan cadangan dan buah fikiran yang lebih konstruktif dalam usaha mempertingkatkan tadbir urus TH.”

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju menyenaraikan TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia BNM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: