Tempatan

Vaksin AstraZeneca Tiada Bahan Berunsur Babi – Dr Adham Baba

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 27 Mac 2021 – Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengesahkan vaksin COVID-19 AstraZeneca tidak mempunyai sebarang produk yang berasal daripada haiwan atau bahan terlarang.

Ujar beliau, AstraZeneca telah menghantar satu kenyataan mengisytiharkan bahawa AZD1222 tidak mengandungi sebarang produk berasal daripada haiwan dan semua “eksipien” berasal dari sayur-sayuran.

“AZD1222 tidak mengandungi sebarang bahan terlarang seperti bahan yang berasal dari babi, gelatin dari babi, gliserin yang berasal dari haiwan, asid stearic, laktosa, produk yang berasal dari binatang bercangkerang atau ikan yang tidak bersisik dan pati gandum.”

Mengulas mengenai kenyataan Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mendakwa proses pembuatan vaksin COVID-19 AstraZeneca menggunakan “trypsin dari pankreas babi,” Dr Adham Baba memberitahu,

“Trypsin babi hanya digunakan semasa pembinaan saluran sel T-REx-293 dan trypsin itu tidak bersentuhan langsung dengan bank sel yang digunakan dalam proses pembuatan, tetapi digunakan jauh di hulu sel hos. Oleh itu, ia tidak dianggap terdapat dalam Bahan Ubat dan Produk Dadah.” (According to Dr Adham, porcine trypsin was only used during the development of the T-REx-293 cell line. He said the trypsin was not in direct contact with the actual cell banks used in the manufacturing process but was used far upstream on the host cells, and therefore was not deemed to be present in the Drug Substance and Drug Product.)

“Walau bagaimanapun, sebagai salah satu syarat pendaftaran, AstraZeneca perlu membekalkan hasil ujian bagi mengesahkan bahawa tidak ada sisa bahan babi dalam produk akhir,” tambahnya.

Rabu lepas, Dr Adham berkata, vaksin COVID-19 AstraZeneca selamat untuk penggunaan di Malaysia.

“Data keselamatan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang diperoleh daripada kajian klinikal sehingga 4 November lepas yang melibatkan 12,000 sukarela menunjukkan tiada kesan sampingan serius dilaporkan.”

Malaysia dijangka menerima bekalan dos pertama vaksin AstraZeneca pada suku kedua 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: