Tempatan

Serangan Masjidil Aqsa, Menteri Seru Laksana Solat Hajat Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 06 April 2023 – Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diseru untuk melaksanakan Solat Hajat hari ini, 6 April 2023 susulan serangan polis rejim haram aparteid Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.

Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar di laman Facebook rasminya, masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut diarahkan untuk melaksanakan Solat Hajat pada hari ini.

BACA JUGA: Masjidil Aqsa Diserang Lagi!

BACA JUGA: Banteras Wabak Anjing Gila, Pemilik Anjing Digesa Pohon Lesen

BACA JUGA: Jangkitan COVID-19 Meningkat, KKM Saran Saring Guru, Pelajar

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sehingga menyebabkan kecederaan awam.”

Kata beliau, pencerobohan yang dilakukan oleh polis rejim haram aparteid Israel ke atas Masjid Al-Aqsa merupakan satu tindakan yang biadab dan sangat tidak bertanggungjawab.

Malahan, tindakan itu juga saban kali berulang setiap tahun saat umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat termasuklah masyarakat dunia untuk mengecam tindakan rejim haram ini dan menggesa agar serangan serta kekerasan dihentikan ke atas jemaah.

“Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di Palestin,” memetik kenyataan tersebut.

Semalam, samudera.my melaporkan tentera rejim haram aparteid Israel sekali lagi menyerang Masjid Al-Aqsa pada awal pagi semalam.

Menurut laporan, tentera Zionis menyerbu masjid suci umat Islam itu menggunakan bom gas, bom tangan bunyi dan membelasah jemaah Palestin tanpa belas kasihan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: