Antarabangsa

Saudi Seru Semua Bertanggungjawab Tamatkan Pendudukan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 03 Februari 2023 – Arab Saudi menyeru masyarakat antarabangsa bertanggungjawab menghentikan pendudukan rejim haram Israel di Palestin sekali gus menamatkan serangan terhadap orang awam di negara itu.

Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman berkata sedemikian dalam mesyuarat Kabinet Saudi, yang menekankan keperluan untuk memulihkan proses pendamaian rantau Timur Tengah.

Pemangku Menteri Media, Dr Majid Al-Qasabi berkata Kabinet Saudi membincangkan perkembangan di rantau berkenaan dan juga di seluruh dunia, khususnya di negara umat Islam Palestin.

BACA JUGA: Malayan Union: Harold MacMichael Ugut Sultan Kedah Supaya Akur?

BACA JUGA: Perkampungan Haram PATI Di Nilai, MB Terkejut

BACA JUGA: Hak Sabah & Sarawak, Bagaimana Dengan Hak Raja-Raja Melayu?

Ujarnya, Kabinet menegaskan keperluan untuk memulihkan semula proses damai dan menyediakan perlindungan yang diperlukan orang awam.

Mengulas lanjut, Kerajaan Saudi juga menekankan penolakan mereka terhadap penghinaan kitab suci al-Quran yang berulang kali berlaku di Eropah serta menegaskan kepentingan untuk menangani tindakan sedemikian agar tidak mencetuskan provokasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: