Tempatan

Majlis Penghukuman & Reformasi Penjara Dipertimbang Bagi Memastikan Keadilan Terpelihara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Oktober 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa Kerajaan sedang menimbang kemungkinan mewujudkan Majlis Penghukuman dan agenda reformasi penjara bagi memastikan sistem keadilan terpelihara.

Menurut beliau, Majlis Penghukuman adalah sebuah badan khas yang disasar bagi memupuk ketelusan dan konsistensi yang lebih baik dalam menjatuhkan hukuman, sebagai salah satu cara mereformasi sistem keadilan jenayah.

“Majlis itu akan menjadi sebuah badan awam bebas, sama seperti Sentencing Council yang terdapat di United Kingdom.”

Selain itu, agenda reformasi penjara yang juga sedang dikaji Kerajaan adalah bagi memastikan sebarang hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan konsep keadilan pemulihan.

Justeru, inisiatif ini dipertimbangkan bagi menggalakkan ketelusan lebih baik dan konsistensi dalam menjatuhkan hukuman, di samping mengekalkan kebebasan badan kehakiman.

Selain itu, ia bertujuan bagi memastikan hak semua pihak dilindungi dan terjamin, sekali gus meningkatkan dinamik sistem keadilan jenayah Malaysia, ujar beliau.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi juga berkata, perlu ada penerbitan yang komprehensif yang masih mengekalkan bahasa yang mudah supaya dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat untuk memahami hak dan kewajipan mereka, skop undang-undang, dan membincangkan bagaimana ia boleh diperbaiki

Ini kerana, “Kekurangan pengetahuan mengenai undang-undang dan prosedur yang diguna pakai turut membantutkan proses perundangan.”

Sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium terhadap hukuman mati yang membabitkan 1,337 banduan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memperjuangkan undang-undang yang lebih adil dan penuh belas kasihan dalam isu sebatan serta pelaksanaan hukuman mati,” kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: