Tempatan

Keputusan Kes Kehilangan Amri Che Mat, 9 Mei

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – Isteri kepada Amri Che Mat akan mengetahui keputusan berhubung kes kehilangan suaminya itu pada 9 Mei ini, lapor sebuah portal berita tempatan.

BACA JUGA : Hari Pertama Pembelaan, 10 Peguam Bainun Didakwa Tarik Diri

BACA JUGA: Kehakiman Mesti Buka Proses Pelantikan, Elak Kroni Ketua Hakim – Lukman Sheriff

BACA JUGA: Rimas ‘Dibuli’ EU, Malaysia Boleh Kekang Eksport Minyak Sawit

Perkara itu disahkan oleh peguam Norhayati Larissa Ann-Louis di mana tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh semasa prosiding dalam talian awal hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menetapkan tarikh untuk keputusan semakan kehakiman Norhayati Mohd Ariffin bagi menghapuskan klasifikasi Akta Rahsia Rasmi 1972 berhubung laporan kehilangan aktivis tersebut pada 2016.

Semakan kehakimannya itu bertujuan untuk membatalkan klasifikasi OSA untuk mengakses laporan bagi mengukuhkan tindakan sivil yang berkaitan terhadap polis dan Kerajaan Persekutuan berhubung kehilangan suaminya sejak enam tahun lalu.

Mengimbas kembali pada 3 April 2019 lalu, siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyimpulkan bahawa Amri dan Paderi Raymond Koh yang masing-masing hilang pada tahun 2016 dan 2017 adalah mangsa kehilangan secara paksa.

Pada 26 Jun 2019, dua bulan selepas SUHAKAM menyimpulkan bahawa Amri adalah mangsa kehilangan paksa polis, Kementerian Dalam Negeri membentuk pasukan petugas khas untuk menyiasat semula perkara itu.

Terdahulu, pada 24 November 2016, Amri Che Mat telah diculik sewaktu memandu untuk melawat rakannya.

Menurut sebuah portal, pihak berkuasa agama mengesyaki organisasinya berselindung di sebalik kerja-kerja menderma bagi menutup kegiatan Syiahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: