Antarabangsa

WHO Jangka Sejuta Nyawa Bakal Maut Setiap Tahun Angkara Keracunan Plumbum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 26 Oktober 2022 – Dianggarkan sekitar satu juta nyawa bakal maut setiap tahun angkara keracunan plumbum. Selain itu, jutaan lagi yang terdedah kepada plumbum dengan kadar rendah terutamanya kanak-kanak yang menyebabkan masalah kesihatan yang berpanjangan.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin lalu ketika program Minggu Keracunan Plumbum Antarabangsa ke-10.

Menurut WHO, keracunan plumbum dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti anemia, hypertension, immunotoxicity serta toksik pada organ pembiakan.

Badan kesihatan tersebut juga turut menyatakan bahawa keracunan plumbum dapat memberi kesan neurologi dan tingkah laku yang “tidak dapat dipulihkan.” Menurut WHO lagi,

“Pendedahan plumbum adalah sangat bahaya terhadap otak kanak-kanak yang sedang berkembang dan ianya boleh menyebabkan IQ seseorang itu menurun, kekurangan tumpuan, kekurangan keupayaan untuk belajar, serta peningkatan risiko untuk mendapat masalah
berkenaan tingkah laku,” ujar Dr Maria Nera, Pengerusi bagi Jabatan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Bahagian Kesihatan WHO.

Beliau turut menyatakan bahawa kemudaratan yang berpunca dari plumbum ini terhadap otak kanak-kanak dapat menyebabkan kehilangan potensi yang tragis.

Plumbum adalah racun bagi pelbagai sistem tubuh termasuklah sistem saraf tunjang dan otak, sistem pembiakan, ginjal, sistem kardiovaskular, sistem darah serta sistem daya tahan tubuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: