Tempatan

Bilik Sewa Bersaiz “Liang Lahad” RM300, Rakyat Mengeluh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Ogos 2022 – Seorang pengguna laman sosial baru-baru ini telah mendedahkan sebuah bilik kecil yang disewakan dengan harga setinggi RM300 di ibu kota.

Menurut hantaran itu, pengguna media sosial tersebut telah mengepilkan tangkap layar sebuah iklan sewaan bilik yang hanya boleh memuatkan sebuah tilam kecil dan hanya terdapat satu ‘plug’ elektrik di bilik berkenaan.

Isu tersebut mendapat perhatian pengguna lain, di mana seorang pengguna berseloroh dengan menyamakan saiz bilik tersebut dengan saiz kubur.

“Memang ikut size kubur ea?” soalnya.

Owner nak ajar untuk biasakan diri di alam barzakh,” balas pengguna yang lain pula.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain turut berkongsikan situasi yang serupa.

“Satu lagi dekat Gombak. Rumah flat dari 2 bilik, dia up 6 bilik. Yang asal hanya dapur dan toilet.”

Hall jadi 2 bilik. Bilik depan jadi 2 bilik. Bilik belakang jadi 2 bilik…Sewa 1 bilik RM250,” ujar pengguna tersebut.

Terdahulu, Khalid Karim, seorang pakar ekonomi telah mengetengahkan isu kos perumahan yang mahal di ibu kota.

“Perbezaan terbesar tentang kos sara hidup di KL dan negara yang lebih membangun adalah kos perumahan. Dalam keadaan kos barang mentah 100% lebih mahal, kos perumahan pula sekurang-kurangnya 3 kali lebih mahal,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: