Tempatan

KENYATAAN MEDIA: TERIMA KASIH KERAJAAN BENARKAN HOSPITAL & KLINIK SWASTA JALANKAN IMUNISASI COVID-19 – PAPUH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA MENDENGAR KELUHAN RAKYAT BAGI MEMBENARKAN HOSPITAL DAN KLINIK SWASTA MENJALANKAN IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

PERSATUAN AGENSI PELANCONGAN UMRAH & HAJI MALAYSIA (PAPUH), berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kepada YAB.Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang sungguh prihatin untuk mendengar keluhan rakyat bagi membenarkan dan mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilakukan di hospital dan klinik swasta secara percuma.

PAPUH bersyukur dengan pengumuman ini yang mana dapat membantu mempercepatkan pembukaan semula pintu sempadan negara bagi kemasukan pelancong ke Malaysia dan sekaligus dapat menghidupkan kembali ekonomi negara dari industri pelancongan yang telah lama terhenti.

Ini juga termasuk ahli-ahli kami yang terlibat secara langsung dalam industri Umrah dan Haji dapat bernafas kembali jika pintu sempadan negara dibuka semula. Industri ibadah Umrah & Haji telah terhenti hampir setahun akibat pandemik Covid-19.

Untuk pengetahuan, Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua Jemaah Umrah dan Haji mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebagai satu syarat. Selain dari itu Jemaah juga diwajibkan mengambil 3 lagi vaksin iaitu Meningikokal, Influenza dan Pneumokokus yang perlu diambil sebelum berangkat ke tanah suci.

PAPUH juga berharap agar Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia, dapat mempertimbangkan pembukaan semula pintu sempadan dalam masa terdekat supaya Jemaah Umrah Malaysia dapat mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Kami yakin rata-rata rakyat Malaysia amat merindui untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Dato’ Sri Haji Razali Mohd Sham SSAP, DIMP
Presiden PAPUH Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: